Rasa Rasaksa

Derita seorang perindu.

Kalau rindu tu boleh dijual, abang rasa mungkin dah berjongkong rindu abang ada buat Mama.

Perihal Palestin dan PBB

Sekarang ini kecoh tentang hal Palestin yang sibuk mahukan pengiktirafan dan keahlian penuh dalam PBB. Sebelum ini semua boleh berlaku, usul Palestin ini perlu dibawa masuk ke dalam Majlis Keselamatan yang dalamnya duduk 15 buah negara sebagai ahli. Kalau lulus di Majlis Keselamatan PBB, barulah ianya boleh dibawa ke Perhimpunan Agung untuk pengundian.

Dari 15 ahli Majlis Keselamatan, 5 adalah ahli tetap yang mempunyai kuasa veto dan merupakan apa yang dirujuk sebagai lima kuasa besar dunia. Selagi adanya hayat negara ini atau selagi ada bulan dan bintang (maknanya selagi belum kiamat) maka selagi itulah lima ahli ini akan terus memanaskan kerusi di Majlis Keselamatan dengan bontot masing-masing dan kuasa veto mereka.

Mereka ini terdiri dari:

1) Amerika Syarikat
2) Britain
3) China
4) Perancis
5) Russia


Baki lagi 10 adalah apa yang dipanggil ahli tidak tetap yang diundi menjadi ahli untuk penggal 2 tahun. Mereka ini tidak mempunyai kuasa veto dan fungsinya dalam Majlis Keselamatan ialah untuk bercakap, minum kopi dan makan karipap kemudian mengundi untuk sesuatu usul. Usul tersebut kemudian lazimnya akan diveto oleh salah seekor dari 5 ahli tetap tadi.


Merujuk kepada hal Palestin, boleh dikatakan majoriti dari 15 ahli Majlis Keselamatan ini mengiktiraf Palestin dan menyokong keahliannya dalam PBB.

Mereka-mereka ini adalah:

- 2 ahli tetap yakni China dan Russia
- serta 7 ahli tidak tetap iaitu: Afrika Selatan, Bosnia Herzegovina, Brazil, Gabon, India, Lebanon dan Nigeria.

Sedangkan Amerika Syarikat, Perancis dan Britain tidak mengiktiraf Palestin, berserta 3 lagi baki ahli tidak tetap yakni Colombia, Jerman dan Portugal.

Jadi, atas kertas kita boleh lihat usul Palestin bakal diundi dengan 9 menyokong dan 6 membantah. Secara logik demokrasinya usul ini boleh dibawa masuk ke Perhimpunan Agung untuk pengundian (dengan prospek 122 dari 193 negara ahli bakal menyokong).

Tapi ini semua tidak akan berlaku. Kerana bila kopi baru dituang dan karipap baru dijamah dalam Majlis Keselamatan nanti, Amerika Syarikat pastinya akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang usul Palestin ini. Akhirnya Palestin tidak dapat apa-apa.

Yang dapat untung tetap makcik katering yang incas buat kopi dan karipap itu.

Hari jadi yang tak jadi

Hari jadi yang tak jadi

So Sorry - Feist

I’m sorry
Two words I always think
After you’ve gone
When I realize I was acting all wrong

So selfish
Two words that could describe
Oh actions of mine
When patience is in short supply

We don’t need to say goodbye
We don’t need to fight and cry
Oh we, we could hold each other tight tonight

We’re so helpless
We’re slaves to our impulses
We’re afraid of our emotions
And no one knows where the shore is
We’re divided by the ocean
And the only thing I know is
That the answer isn’t for us
No the answer isn’t for us

I’m sorry
Two words I always think
Oh after you’ve gone
When I realize I was acting all wrong

We don’t need to say goodbye
We don’t need to fight and cry
We, we could hold each other tight tonight
Tonight
Tonight
Tonight
Tonight… 

Diari Ramadhan #2

Ada tengok drama Geng Mengaji di Astro? Apa, tak ada Astro? Abaikan. 

Aku ada juga layan Geng Mengaji ini sekali dua, saja nak ambil feel mengaji zaman muda-muda dulu. Tapi scene mengaji sekarang aku tengok dah tak berapa gempak macam zaman aku dulu. Sekarang ni banyak sangat produk mengaji, ada kaedah al-Baghdadi, al-Matien, ada pula teknik ABata dan entah apa lagi. Zaman aku mengaji dulu satu-satunya teknik yang digunakan ialah ‘rotan sedepa salah tajwid berbirat peha’. 

Apa pun, lebih sikit 7 tahun lalu aku agak aktif juga dalam scene mengaji ini. Masa tu rasanya dah dekat Juz 20 juga aku pergi dan ditentukan pula melalui kaedah rukyah dan hisab, masuklah bulan Ramadhan. Bila masuk Ramadhan, ustazah yang ajar aku mengaji tutup kelas kerana malamnya dia nak layan solat Tarawih (bukan layan drama Ramadhan Terakhir atau yang sejenis ketika zaman itu). 

Oleh kerana tahun itu aku dah masuk Darjah 5, Emak agak prihatin dengan susun atur jadual aku apatah lagi tahun depan nak UPSR. Kalau boleh dia nak aku habiskan mengaji cepat supaya malamnya boleh belajar ilmu duniawi. Maka melalui kaedah diplomasi dan sedekah karipap, Emak berjaya memujuk ustazah untuk bagi aku slot khas mengaji antara waktu Zohor sampai ke Asar sempena Ramadhan. 

Aku mula-mula pasrah juga. Mana nak mengaji lagi dan nak tidur waktu petang tunggu masuk berbuka. Sudahlah mengaji ni banyak habiskan air liur dan buat tekak kering. Tapi aku ubah fikiran bila teringatkan satu mamat nama Boboi yang sama mengaji dengan aku. 

Boboi ni jenis budak yang perasan bagus yang selalu boleh kita jumpa di kawasan kejiranan masing-masing. Masa aku Darjah 5 dia baru Darjah 3. Selain dari keputusan periksa bagus dan ada set PS2 di rumah, Boboi juga cemerlang dalam bab mengaji. Tak silap aku masa tu dia dah pergi dekat Juz 25 juga. 

Jadi di sini kedudukan aku agak tergugat. Kalau Boboi khatam dulu memang jatuh juga air muka aku sebab kena tapau dengan budak 2 tahun lagi muda. Dengan sebab itu slot khas mengaji Zohor sampai ke Asar sempena Ramadhan ini adalah peluang terbaik untuk aku memintas Boboi. 

Maka sepanjang Ramadhan tahun itu aku gigih mengayuh basikal Shimano pergi mengaji di waktu panas terik. Ada harinya berkat mengaji puasa aku sempurna. Tapi ada juga harinya bila tekak dah kering aku singgah 7/11 pekena Coca-Cola. Tapi boleh dikatakan hampir setiap hari aku mengaji, Boboi diam di rumahnya, kalau tak main video game mungkin tidur gamaknya. 

Aktiviti rahsia ini berjalan lancar sampailah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Entah macam mana Boboi dapat tahu. Masa tu juga dia pun sibuk nak mengaji sama dari Zohor sampai ke Asar asalkan tak kena tapau dengan aku. Nasib baik masuk Ramadhan hari ke-27, ustazah tutup kelas sebab komitmen nak menyiapkan bahulu. 

Tahun itu, tak lama bila kelas mengaji mula balik lepas semua dah puas beraya, Emak aku hantar pulut kuning pergi ke kelas. Aku dapat hadiah penunjuk mengaji duri landak dari ustazah sebagai tanda konvokesyen. 
 

Kesian Boboi. Mak Boboi hantar pulut kuning untuk anak dia tahun itu juga, tapi dekat nak Raya Haji dah. Aku dengar cerita Boboi punya penunjuk mengaji duri landak tak panjang macam aku punya.


Diari Ramadhan #1

“Bangun, sahur!”

Sekali laung saja aku terus melompat dari katil . Memang jenis yang senang nak kejut bangun sahur orang kata . Lagi pun tak manis kalau biar emak sendiri terpekik-terlolong berkali-kali menyuruh kita bangun . Sebagai anak yang bertimbang rasa memang jadi tanggungjawab aku untuk tidak menyusahkan ibu bapa .

Aku cuci muka ala kadar dan berkumur dalam 2 ke 3 kali sebelum ke meja makan . Sampai di meja makan nasi putih , ayam goreng, kicap Tamin dan Milo suam sudah bersedia menunggu untuk dijamah . Mama dengan Kakak dah ambil posisi masing-masing seperti lazimnya . Papa , macam biasa dengan hanya berkain pelikat dan tak berbaju, berada di posisi kepala meja sebagai ketua keluarga .

Menu sahur untuk budak Darjah 2 macam aku memang mudah . Ayam goreng , pekena dengan nasi putih dan kicap Tamin lepas tu nanti dibilas dengan Milo suam . Sekali lagi sebagai anak yang bertimbang rasa aku tak mahu minta benda-benda rumit untuk sahur macam ikan masak tiga rasa atau sebagainya .

Tapi itu semua dulu-dulu . Dan dulu-dulu dah habis .

Shiver - Coldplay

So I look in your direction
But you pay me no attention, do you?
I know you don’t listen to me
‘Cause you say you see straight through me, don’t you?

But on and on
From the moment I wake, to the moment I sleep
I’ll be there by your side; just you try and stop me
I’ll be waitin’ in line, just to see if you care

Oh…
Did you want me to change?
But I’d change for good
And I want you to know that you’ll always get your way
I wanted to say…

Don’t you shiver
Shiver
Sing it loud and clear
I’ll always be waiting for you

So you know how much I need you
But you never even see me, do you?
And is this my final chance of getting you?

And on and on
From the moment I wake, to the moment I sleep
I’ll be there by your side; just you try and stop me
I’ll be waiting in line, just to see if you care, if you care

Oh…
Did you want me to change?
Well I’d change for good
And I want you to know that you’ll always get your way
I wanted to say…

Don’t you shiver
Don’t you shiver
Sing it loud and clear
I’ll always be waitin’ for you

Yeah I’ll always be waiting for you
Yeah I’ll always be waiting for you
Yeah I’ll always be waiting for you, for you
I will always be waiting…

And it’s you I see but you don’t see me
And it’s you I hear so loud and so clear
I sing it loud and clear
And I’ll always be waiting for you

So I look in your direction
But you pay me no attention
And you know how much I need you
But you never even see me

ntwogu:

“Di mana ku cari ganti,
serupa dengan mu,
tak sanggup ku berpisah,
dan berhati patah,
hidup gelisah”
- Di Mana Kan Ku Cari Ganti, karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee

ntwogu:

“Di mana ku cari ganti,

serupa dengan mu,

tak sanggup ku berpisah,

dan berhati patah,

hidup gelisah”

- Di Mana Kan Ku Cari Ganti, karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee

(Source: akiwaart.blogspot.com, via altimet)